Thursday, 6 March 2014

Aku yang nakal





Geng aku dah tunggu, cepat-cepat  toleh kiri kanan, bila line dah clear punye clear aku kasi buka jendela rumah aku, panjat plus lompat. Aku tersenyum puas bila dah lepas halangan pertama. Halangan kedua? Macam mana pula aku nak amik selipar aku kat depan. Kan kalau lambat-lambat kantoi pula dengan umi abah aku. Kaurentin dalam rumah? Mana aku nak.Jiwa tak bebas kot. Dengan kelajuan angin pam basikal aku merangkak ke depan rumah.Puas bila selipar jepun kesayangan ada di tangan. Baru nak bangun dengan bangganya ada bayang-bayang yang cukup aku kenal di depan. Siyes! Memang aku kenal benar! Abah aku! Terus aku masuk gear 4 terus aku pecut lari keliling rumah. Bila dah agak-agak abah aku give up cari aku, aku senyum bangga.“Weh! Aku lambat ko? Sep mu nok main gapo ari ni.”“Supo kalo weh! Mu lambat sokmo. Sep ni dop cukup gu nok lawe ni.”Hilmi bercekak pinggang sambil melambai-lambai tangannya ke arah beberapa lagi budak lelaki. Semuanya aku kenal sebab semuanya sepupu lelaki aku. Dari hujung sana ke hujung sini aku bilang. Ok! Cun! Cukup 10 orang. Kalau diikutkan aku dengan Siti je perempuan dan yang selebihnya lelaki.“Lastik mana?”Jefry bersuara lantang. Dalam kocek seluar masing-masing dah penuh dengan buah(batu-batu kecil yang kami kutip tepi jalan). Dengan senyum bangga aku dah yang lain-lain keluarkan lastik kami masing-masing.“Target?” nizam pula bersuara.Bila dah konfirmkan target dengan bilangan satu..dua..tiga..lepas! selamat batu=batu kecil tadi mendarat di bumbung rumah yang beratapkan zink. Aku mampu gelak jahat waktu tu.lastik yang ada di tangan dikucup umpama benda bercabang itu banyak benar berjasa pada aku. Cewahh! Ayat gila glemour kot.“Woi! Serupo jate!”Berterabur aku dengan geng-geng pemusnah ni lari. Sambil lari aku sempat gelak besar. Takut tu memang ada tapi kepuasan melastik zink rumah orang tu lagi hebat rasanya.

3 comments:

  1. hohoo .. aq ngan liza baca dngan pnuh semangatt .. nk jdikkan cam 'sperma cinta' uhh.. biografi # life story .. keh3

    ReplyDelete
  2. wahhh. terbaekk ! sambungan pleaseeee. heeee

    ReplyDelete
  3. best kot kira wei...otw ida weh..tnggu2..heheh

    ReplyDelete