Monday, 10 March 2014

Reban ayam gedabak


Sekarang ni susah gila nak jumpa reban ayam yang gedabak besar macam time aku kecik dulu. Budak sekarang apa kisah, tak adanye diorang nak main-main permainan ganas yang sama macam aku main dulu. Dulu kalau sehari tak menerewang satu kampung tak lengkap hidup ni. Rasa macam dan tak ada life kata orang. Budak sekarang? Tambah lemak. Dok mengadap benda alah seperti online game, kalau online gegor tanah pun idok sedor gamoknye. Biasalah bila lahir masa zaman it.
“Nok gi mano jah ari ni? Ado mainan baru ko?”
Aku yang enak terbaring di atas buaian gantung yang di set up kan sendiri oleh kami terus melompat terjun ke bawan, bergegar juga reban ayam(macam kandang kambing tapi lagi besar + tinggi) yang besar tu. Nasib baik kayu dia kukuh dan aku ni kecil, kalau besar macam bluehippo confirm hancur reban tu. Selalunya angin dari bendang tu dah mampu buat aku tidur sejenak tapi tak hari tu.
“Main buai ni, aku nak bagi tinggi sikit baru best. Batang kail ado doh, umpan pom ado doh. Sep aku korek tanoh cari cacing tadi.”

Bila dah siap semua, batang kail dah ada kat tangan, cacing dah jadi arwah kat mata kail dengan lagak professionalnya aku lempar  benda alah tu. Berharap adalah ikan bodoh yang akan kantoi kat tali mata kail aku. Aku mampu gelak jahat. Ikan itu akan merana! Aku dapat kepuasan.heheheh..